Tuesday, June 1, 2010

TRIP KE LANGKAWI 2010 - Hari Pertama (13/5/2010)

Langkawi, Kedah. Ini adalah pulau yang paling kerap aku kunjungi setakat ini.
Pada 13-16 Mei 2010 yang lalu, aku bersama keluarga mentua telah bercuti ke sana.
Jurnal Trip ke Langkawi 2010:
Hari Pertama - 13 Mei 2010 (Khamis)
Pukul 8 pagi kami dah bersiap-siap. Teruja betul adik-adik ipar aku. Maklum la, first time diorang naik kapal terbang.
Tggu teksi MPV (En. Zul: 012-3324938). Dalam pukul 8.45 dua buah MPV datang. Naza Ria & Ssang Yong ape ntah. Hari tu hari kerja, nasib baik teksi bawak kami ikut highway PLUS. Takde jem la.
Sampai di airport KLIA awal lagi. Kami terus check-in. Then breakfast kat cafe sebelah Farmasi Pusrawi.





Pukul 10.30 pagi, kami masuk gate untuk boarding pkl 11.00.
Family Maksu flight pkl 1.00 ptg. Tapi daripada lepak kat atas, diorang lepak je kt waiting room tu skali ngn kami.


11.30 kami boarding. Langkawi here we come!!!
Tiba kat Langkawi Airport, hujan lebat. Malaysia Airlines ada sediakan payung. Tapi angin pun kuat gak. Redah aje...
Kat Langkawi kami sewa van Preggio dari Kam Holidays (No. tel malas nak letak sini. BOIKOT dah!).
Sementara tggu family Maksu sampai dengan penerbangan pukul 11pg, kami pergi shopping & makan tengahari dulu kat Beras Terbakar.
Dalam pukul 3ptg, Maksu & family sampai kat airport. Pas amik diorang, kami terus bertolak ke Pantai Tengah. Kat sana kami menginap kat Bungalow Tenaga Nasional Berhad (TNB). Thanks Paksu Faizal!

No comments:

Post a Comment