Cuaca redup, ombak tenang, apa lagi... MANDI ler!!
Atif , atuknya dan uminya. Atif nak umi dukung, tapi umi sibuk nak control cun.
Pukul 9.30 pagi lepas sarapan, kami dah siap-siap nak pergi meghabiskan duit. Kat mana lagi kalau bukan di Pekan Kuah.
Shopping di Haji Ismail Group.
Ni semasa berada di kedai Minyak Gamat Nusantara. Susah-susah cari, rupanya kat tepi highway jek. Kalo kilang lain kena masuk kampung.
Waktu tengahari kami singgah di Makan Mahsuri. Aku malas masuk. Dah letih dah. Lepak kat luar je, pekena air nyok (air kelapa). Bapa mertuaku bersama anak-anaknya masuk. Bukan tengok kubur, tapi bergambar di rumah Mahsuri.

Petang sebelumya kami pergi beli lauk kat pasar basah berdekatan Beras Terbakar. Harga lauk pauk kat situ agak mahal jugak la berbanding Pasar Chow Kit. Yang menghairankan, Langkawi ni sekeliling laut. Tapi harga ikan-ikan kat pasar tidak menggambarkan 'kelautan'nya.
No comments:
Post a Comment