Wednesday, June 9, 2010

TRIP KE LANGKAWI 2010 - Hari Ketiga dan Terakhir(15&16 Mei 2010)

Pada hari ke-3 kami naik bot. Mangroove Cruise. Kami naik bot dari Tanjung ...(apa ntah). Sebelum naik bot, kitorang plan nak mandi kat pulau. Apa lagi, secara ad-hoc nya kami shopping la seluar baju nak wat mandi.
Trip to kitorang kena caj RM280 per boat. Okey lar... tuntung ramai2.
Kitorang semua teruja naik boat. Amsyar masam sikit sebab takut naik bot. Hehe...
Bila semua orang dah pakai life jacket, baru realise xde life jacket for Atif. Cuak gak. Takpe Atif, kalo bot terbalik, abi pegang Atif erat2.

Ni kami singgah kat sangkar ikan. Ingatkan tempat ni tempat ternak ikan. Rupanya tempat show kepada tourist jek. Hampeh btol. Stakat nak tengok ikan pari, boleh je tengok kat pasar Chow Kit. Tapi ada sejenis ikan yang jenis meludah untuk tangkap makanan memang menarik perhatian kami. Ikan (apa ntah) ini boleh meludah setinggi 2 meter untuk dapatkan makanan. Lagi ikan ni juga melompat untuk tangkap makanan. Subahanallah!

Trip ni juga membawa kami melawat Gua Kelawar. Seram jugak masuk, maklumla, ni first time aku masuk gua. Gelap lak tu. Nasib baik kami dibekalkan dengan satu (satu jek?) torchlight. Interesting jugak dapat tengok kelawar live. Cuma ada bau sikit la gua tu. Bayaran masuk gua: RM1 seorang.


Lokasi: Pantai Chenang



























































Wednesday, June 2, 2010

TRIP KE LANGKAWI 2010 - Hari Kedua (14/5/2010)

Hari kedua pagi-pagi lagi Atif dah kena kidnap ngan mak-mak sedaranya bawa ke Pantai Tengah. Jaraknya dalam 30 meter dari bungalow TNB tempat penginapan kami.

Cuaca redup, ombak tenang, apa lagi... MANDI ler!!

Atif , atuknya dan uminya. Atif nak umi dukung, tapi umi sibuk nak control cun.

Pukul 9.30 pagi lepas sarapan, kami dah siap-siap nak pergi meghabiskan duit. Kat mana lagi kalau bukan di Pekan Kuah.
Shopping di Haji Ismail Group.

Ni semasa berada di kedai Minyak Gamat Nusantara. Susah-susah cari, rupanya kat tepi highway jek. Kalo kilang lain kena masuk kampung.

Waktu tengahari kami singgah di Makan Mahsuri. Aku malas masuk. Dah letih dah. Lepak kat luar je, pekena air nyok (air kelapa). Bapa mertuaku bersama anak-anaknya masuk. Bukan tengok kubur, tapi bergambar di rumah Mahsuri.

Waktu malam paling best. Barbeque!!!
Petang sebelumya kami pergi beli lauk kat pasar basah berdekatan Beras Terbakar. Harga lauk pauk kat situ agak mahal jugak la berbanding Pasar Chow Kit. Yang menghairankan, Langkawi ni sekeliling laut. Tapi harga ikan-ikan kat pasar tidak menggambarkan 'kelautan'nya.

Walaubagaimanapun, sesi BBQ malam tu memang best. Ada ayam, ikan, sosej (bukan hot dog), burger. Petai pun kami BBQ jugak!

Malam itu semua orang tidur dalam kekenyangan dan keletihan....














































Tuesday, June 1, 2010

TRIP KE LANGKAWI 2010 - Hari Pertama (13/5/2010)

Langkawi, Kedah. Ini adalah pulau yang paling kerap aku kunjungi setakat ini.
Pada 13-16 Mei 2010 yang lalu, aku bersama keluarga mentua telah bercuti ke sana.
Jurnal Trip ke Langkawi 2010:
Hari Pertama - 13 Mei 2010 (Khamis)
Pukul 8 pagi kami dah bersiap-siap. Teruja betul adik-adik ipar aku. Maklum la, first time diorang naik kapal terbang.
Tggu teksi MPV (En. Zul: 012-3324938). Dalam pukul 8.45 dua buah MPV datang. Naza Ria & Ssang Yong ape ntah. Hari tu hari kerja, nasib baik teksi bawak kami ikut highway PLUS. Takde jem la.
Sampai di airport KLIA awal lagi. Kami terus check-in. Then breakfast kat cafe sebelah Farmasi Pusrawi.





Pukul 10.30 pagi, kami masuk gate untuk boarding pkl 11.00.
Family Maksu flight pkl 1.00 ptg. Tapi daripada lepak kat atas, diorang lepak je kt waiting room tu skali ngn kami.


11.30 kami boarding. Langkawi here we come!!!
Tiba kat Langkawi Airport, hujan lebat. Malaysia Airlines ada sediakan payung. Tapi angin pun kuat gak. Redah aje...
Kat Langkawi kami sewa van Preggio dari Kam Holidays (No. tel malas nak letak sini. BOIKOT dah!).
Sementara tggu family Maksu sampai dengan penerbangan pukul 11pg, kami pergi shopping & makan tengahari dulu kat Beras Terbakar.
Dalam pukul 3ptg, Maksu & family sampai kat airport. Pas amik diorang, kami terus bertolak ke Pantai Tengah. Kat sana kami menginap kat Bungalow Tenaga Nasional Berhad (TNB). Thanks Paksu Faizal!

Monday, May 31, 2010

SEKAPUR SIRIH


SALAM PENGENALAN

Aku yang bernama Arif bin Awang @ Abdullah.
Sudah beristeri dengan wanita yang dicintai Nurul Azlala binti Ramli.
Kami telah dikurniakan seorang baby boy yang comel Muhammad Atif Daniel bin Arif.

Sejak dua tiga menjak ni aku dan keluarga selalu sangat bercuti. Dari sedekat-dekat Taman Metropolitan di Kepong hingga lah ke Kundasang di Sabah.
Aku rasa aku perlu mencatit sedikit diari perjalanan hidup. Aku nak cuba letak sebanyak mana info, contact person, lokasi, akitiviti dan segala benda yang berlaku di sekeliling aku.

Mana la tahu kalau-kalau berguna suatu hari nanti. At least kalau aku nak travel ke Langkawi, atau Kota Kinabalu, aku boleh rujuk blog ini untuk no telefon kereta sewa. At least laa...